ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 118. Tidak melapor pernikahan yang berlawanan dengan Enakmen ini.

Seorang yang mempunyai alasan bagi mempercayai bahawa suatu pernikahan adalah tidak sah atau suatu pernikahan yang kena didaftarkan telah dinikahkan berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini dan yang tidak melaporkan hal keadaan itu kepada Pendaftar, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila dithabitkan dikenakan denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.