ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 13. Pembelaan mabuk bila dipastikan.


(1) Jika pembelaan di bawah subseksyen (2) seksyen 12 telah dipastikan, orang yang dituduh itu hendaklah dibebaskan.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen yang terdahulu daripadanya itu "mabuk" hendaklah disifatkan termasuk suatu keadaan yang disebabkan oleh arak, narkotik atau dadah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.