ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.
Tiada seseorang, lain daripada Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 28, boleh—
(a)
menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau
(b)
mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan perakuan perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.