ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang Islam berumur di bawah lapan belas tahun kepada pengaruh-pengaruh agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan, atau membiarkan seorang lain di bawah umur lapan belas tahun yang beragama Islam supaya menerima ajaran dalam bidang agama bukan Islam, atau supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau apa-apa aktiviti yang dianjurkan atau dikelolakan oleh atau yang dijalankan untuk faedah suatu agama bukan Islam atau apa-apa badan atau institusi yang bertalian dengan suatu agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, telah diberitahu oleh ibu-bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu bahawa orang itu bukanlah orang Islam.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, tidak diberitahu oleh ibu-bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu akan agama orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.