ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - PERBICARAAN



Seksyen 97. Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat.

(1) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen 96, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.

(2) Apabila seseorang itu dipertuduhkan di hadapan Mahkamah atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukumkan oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati pertuduhan itu dibuktikan, tetapi berpendapat bahawa mengambil kira watak, latarbelakangnya, umur, kesihatan atau keadaan mental orang yang dituduh, atau remehnya jenis kesalahan itu, atau kepada hal keadaan peringan yang mana kesalahan itu dilakukan, adalah tidak suaimanfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman selain daripada hukuman nominal atau adalah suaimanfaat untuk pesalah dilepaskan atas percubaan akhlak, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan sabitannya, membuat suatu perintah sama ada-
(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada perintah itu, memerintahkan pesalah membayar apa-apa pampasan untuk kerosakan atau kerugian, tidak melebihi daripada satu ribu ringgit, atau membayar kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah atau membayar kedua-dua pampasan dan kos tersebut.

(4) Jika Mahkamah berpuas hati dengan maklumat yang diberi atas sumpah bahawa pesalah telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat bonnya, maka Mahkamah bolehlah mengeluarkan waran untuk menangkap pesalah itu.

(5) Mana-mana pesalah yang ditangkap atas waran tersebut itu, jika tidak dibawa serta-merta di hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukumnya, hendaklah dibawa ke hadapan Hakim yang boleh-
(6) Pesalah, apabila ditahan seperti di atas, bolehlah dihukum untuk ditahankan di penjara dan waran tahanan hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa di hadapan Mahkamah yang dia terikat untuk hadir untuk penghakiman atau untuk menjawab soalan-soalan berkenaan dengan kelakuannya semenjak ia dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.