ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
WARAN TANGKAP



Seksyen 33. Waran, kepada siapa diarahkan.

(1) Satu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Syariah dan lain-lain pegawai dan mana-mana pegawai boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat dalam negeri.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran bolehlah mengarahkannya kepada Ketua Polis Negeri dan lain-lain pegawai polis dalam Negeri atau mana-mana orang atau orang-orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis dan semua atau mana-mana satu orang atau lebih pegawai polis atau orang yang tersebut itu boleh melaksanakan waran tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.