ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 16. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'iah

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu-

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 15, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syar'iah yang mempunyai bidangkuasa di tempat permohonan itu bermastautin.

(2) Hakim, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebutkan dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 12 (3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Hakim bagi maksud-maksud seksyen 11 (b), mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukan kepadanya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenaran untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.