ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 181. Menjual atau memberi anak.


(1) Sesiapa menjual atau memberikan anaknya kepada orang yang bukan berugama Islam adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Jualan atau pemberian itu adalah tidak sah dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya anak itu diserahkan kepada mana-mana orang yang ditentukannya. Tidak ada sebarang tuntutan dengan apa cara pun boleh mana-mana pihak boleh di buat berikutan dari perintah serahan Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.