ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004
BAHAGIAN IV - MASJID
Seksyen 66. Jawatankuasa Kariah
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri, membuat peraturan-peraturan bagi -
(
a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;
(b)
menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan
(c)
menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah-
(a)
bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;
(b)
bertanggungjawab bagi kelakuan anak kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan
(c)
memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.