ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 118. Nota keterangan.

Mahkamah hendaklah mencatatkan keterangan yang diberi dan sekadar yang difikirkan patut, hujah undang-undang yang dibuat, termasuklah mana-mana bantahan kepada keterangan, dan boleh mencatatkan pandangannya terhadap tingkahlaku saksi dan perkara-perkara lain yang material. Mahkamah kecuali jika ia memberi hukuman bertulis, hendaklah juga membuat nota hukuman atau perintahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.