ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 167. Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah

(1) Apabila sesuatu rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu perkara jenayah telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak, memberikan kebenaran bagi penentuan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang telah timbul semasa perjalanan rayuan itu dan yang penentuannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam masa satu bulan atau apa-apa masa yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dari masa keputusan rayuan yang dimaksudkan itu; dan dalam hal suatu permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie, hendaklah dibuat oleh atau dengan kebenaran bertulis pegawai itu sahaja.

(3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkmah Rayuan Syariah di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi penangkapan, jagaan atau pelepasan atas jaminan mana-mana pihak dalam rayuan itu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menghantar rekod prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak-pihak dalam rayuan itu masa dan tempat bagi pendengaran perkara itu.

(4) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi penentuannya itu dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang pada pendapatnya adalah adil bagi pemberesan rayuan itu.

(5) Bagi maksud seksyen ini tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukannya-




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.