ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 149. Kuasa untuk meminta rekod dari Mahkamah bawahan.

Jawatankuasa Ulang Bicara bolehlah meminta dan memeriksa rekod mengenai pembicaraan di hadapan Mahkamah Jenayah bawahan untuk tujuan memuashatikan dirinya terhadap betulnya, atau berpatutan mana-mana keputusan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau diumumkan dan terhadap kesempurnaan mana-mana pembicaraan Mahkamah bawahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.