ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 135. Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan.

Dalam perkara-perkara amalan dan prosedur dalam prosiding mal, yang tidak nyata diperuntukkan dalam Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada mengelakkan ketidakadilan dan menyelesaikan urusan dengan senang dan bolehlah memberi perhatian kepada amalan dan prosedur yang terdapat di Mahkamah Majistret dalam prosiding mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.