Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN VII



Seksyen 26. Hukuman Bagi Kesalahan Irtidad atau Riddah.

(1) Sesiapa yang disabit melakukan kesalahan irtidad hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah.

(2) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas dan dipegang oleh Baitulmal;

Dengan syarat bahawa sekiranya dia bertaubat sama ada sebelum dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya atau selepas dijatuhkan hukuman itu ke atasnya tetapi sebelum dijalankan hukuman itu, maka hendaklahdia terlepas daripada hukuman bunuh, dan hartanya yang dihukum rampas itu hendaklah dipulangkan kepadanya:

Dengan syarat selanjutnya bahawa dia hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.