ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 245. Memfail notis.

(1) Dalam tiap-tiap kes di mana satu pihak itu dikehendaki menyampaikan atau menyebabkan untuk disampaikan apa-apa notis kepada pihak satu lagi atau seorang lain, ia hendaklah juga memfail satu salinan notis itu dalam Mahkamah, kecuali jika notis, dokumen atau prosiding yang hendak disampaikan itu atau satu salinannya telahpun difailkan demikian.

(2) Penyampaian mana-mana dokumen boleh dibuktikan dengan afidavit kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.