ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TIDAK BERKEUPAYAAN
Seksyen 26. Peruntukan am tentang ketidakupayaan
Jika plaintif ialah seorang orang tidak berkeupayaan—
(a)
tiada penyelesaian atau kompromi boleh menjadi sah tanpa keizinan Mahkamah; dan
(b)
semua wang atau harta lain yang diperoleh untuk plaintif dalam, atau berbangkit daripada, tindakan itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.