ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 22. Bagaimana orang yang ditangkap hendak diperlakukan dan tahanan lebih daripada dua puluh empat jam.

(1) Seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang menangkap orang tanpa waran di bawah Enakmen ini hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi dan tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini mengenai jaminan atau perlepasan yang dahulu, membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh menahan dalam jagaan seorang yang ditangkap tanpa waran, lama daripada tempoh yang sepatutnya dalam semua hal keadaan kes.

(3) Tempoh itu tidak boleh lebih daripada dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah.

(4) Apabila seseorang yang ditangkap dikemukaan di hadapan Mahkamah, Mahkamah hendaklah serta-merta mendengar pertuduhan terhadapnya atau menangguhkan kes itu.

(5) Jika pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu ditangguhkan, maka orang itu hendaklah, melainkan jika dia dibebaskan dengan jaminan, ditahan dalam penjara atau jagaan polis di bawah waran tahanan yang dikeluarkan oleh seorang Hakim dalam Borang 1, Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.