ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 248. Pemansuhan

(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1999 [Enakmen No 4 tahun 1999] adalah dimansuhkan.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.