ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 107. Pemansuhan dan kecualian.

(1) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, Enakmen terdahulu adalah dimansuhkan.

(2) Semua peraturan, kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen terdahulu berhubung dengan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.