ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 129. Sambung bicara oleh Hakim lain.

(1) Jika seseorang Hakim telah memulakan perbicaraan dan tidak boleh menyelesaikan kes itu atas apa-apa sebab tertentu, seorang Hakim yang lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu.

(2) Jika persetujuan yang disebut dalam sub-seksyen (1) tidak diperolehi, perbicaraan semula hendaklah diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.