ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 221. Peruntukan tentang pampasan.
Tertakluk kepada Enakmen ini, jika mana-mana orang di bawah Enakmen ini, kerana apa-apa sebab, diperintahkan membayar pampasan, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh menurut budi bicaranya membuat semua atau mana-mana perkara berikut, iaitu-
(a)
membenarkan masa bagi pembayaran pampasan itu;
(b)
mengarahkan pembayaran pampasan itu dibuat secara ansuran; atau
(c)
mengarahkan supaya orang itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang, sekiranya dia dipenjarakan, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara, hendaklah digunakan bagi pembayaran pampasan itu dan lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya, tetapi wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika Mahkamah berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.