ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 114. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu tidak pula berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagaf nasab atau bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara Ii'an atau kutukan, menafikan atau tidak mengaku anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.