ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan

Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberikan kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.