ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 113. Pengiktirafan mualaf sebagai orang Islam

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Mualaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-lamanya diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Pulau Pinang dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Pulau Pinang, diperlakukan sebagai orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.