ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 66. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian

(1) Hak seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah mana-mana perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh ‘iddah atau apabila isteri nusyuz.

(2) Hak isteri yang telah diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti atas perkahwinan semula isteri itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.