ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 1 - MAKLUMAT KEPADA HAKIM DAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA
Seksyen 9. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.
Tiap-tiap orang yang mengetahui akan perlakuan atau niat mana-mana juga orang lain untuk melakukan sesuatu kesalahan hendaklah dengan serta-merta memberi maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama, atau pegawai polis yang hampir sekali mengenai perlakuan atau niat tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.