ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kecualian prerogatif

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.