ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak



Seksyen 87. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah mengenai penjagaan

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 83, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan perintah memilih untuk meletakkan seseorang kanak-kanak dalam jagaan salah seorang daripada orang yang tersebut dalam seksyen itu atau, jika ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan peletakan kanak-kanak itu dalam jagaan salah seorang daripada orang itu tidak diingini, Mahkamah boleh dengan perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan mana-mana orang lain atau mana-mana persatuan yang tujuan-tujuannya termasuklah kebajikan kanak-kanak.

(2) Dalam memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanak-kanak patut diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan, tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—
(3) Menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanak dalam masa dia kecil supaya berada bersama ibunya, tetapi dalam memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta mana-mana hal tertentu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada perihal tidak baiknya mengganggu kehidupan seseorang kanak-kanak kerana bertukar-tukarnya jagaan.

(4) Jika ada dua orang atau lebih kanak-kanak daripada sesuatu perkahwinan, Mahkamah tidaklah terikat untuk meletakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorang daripada mereka secara berasingan.

(5) Mahkamah boleh, jika perlu, membuat perintah interim untuk menempatkan kanak-kanak itu dalam penjagaan mana-mana orang atau institusi atau persatuan dan perintah itu hendaklah serta-merta dikuatkuasakan dan terus dikuatkuasakan sehingga Mahkamah membuat perintah bagi penjagaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.