ENAKMEN 3 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 33. Mahkamah boleh mengarahkan jaminan yang hendak diambil melalui pengendorsan di atas waran.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran bagi menangkap mana-mana orang boleh, menurut budibicaranya, mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran itu bahawa jika orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada masa yang ditetapkan dan sesudah itu sehingga diarahkan selainnya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan itu dan hendaklah melepaskan orang itu daripada jagaan.

(2) Pengendorsan itu hendaklah menyatakan—
(3) Bilamana jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.