ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 6. Perkahwinan yang masih wujud hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini

(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh kesahan mana-mana perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.

(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya perkahwinan itu telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya perkahwinan itu telah diakadnikahkan, hendaklah terus wujud sehingga dibubarkan—





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.