ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 75. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah bagi faedah mana-mana anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberikan cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya dengan meletakhakkan apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah atas amanah untuk membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

(2) Kegagalan untuk mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu untuk meletakhakkan apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dihukum sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.