ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan

(1) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan—


melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa berkahwin atau yang menjalani sesuatu cara berkahwin dengan mana-mana orang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.