ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun semasa perkahwinannya yang sedia ada masih wujud tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.