ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 56. Pelantikan Ketua Hakim Syarie

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia—
(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.