ENAKMEN 3 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 122. Peruntukan tentang hukuman denda.

(1) Jika apa-apa denda dikenakan maka, sekiranya tiada apa-apa peruntukan yang memperuntukkan pengenaannya, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
    Jika tempoh maksimum pemenjaraan-
    Tempohnya tidak boleh melebihi-
    tidak melebihi enam bulan
    tempoh maksimum pemenjaraan
    melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi dua tahun
    enam bulan
    melebihi dua tahun
    satu perempat daripada tempoh maksimum pemenjaraan:

    Jika denda itu-
    Tempoh tidak boleh melebihi-

    tidak melebihi dua ratus ringgit
    satu bulan
    melebihi dua ratus ringgit tetapi tidak melebihi
    lima ratus ringgit
    dua bulan
    melebihi lima ratus ringgit
    enam bulan;
(2) Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri Selangor, ia hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.