ENAKMEN 3 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 173. Tatacara tentang kesalahan yang dilakukan di Mahkamah.

Apabila mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam seksyen 211, 212, 213, 214, 215 atau 216 dilakukan dalam pandangan atau di hadapan mana-mana Mahkamah, Mahkamah itu boleh menyebabkan pesalah itu ditahan dalam jagaan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan persidangan Mahkamah pada hari yang sama boleh, jika difikirkannya patut, mengambil perhatian tentang kesalahan itu dan menghukum pesalah itu dengan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.