ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Perintah untuk fasakh

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut Hukum Syarak berhak mendapat suatu perintah untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—



(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak berhak mendapatkan perintah bagi fasakh atas alasan bahawa isteri adalah di bawah ketidakupayaan yang menghalang persetubuhan.

(3) Tiada perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman itu telah menjadi muktamad dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun daripada hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa terbuka baginya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa tidaklah adil kepada suami jika dibuat perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.