ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 46. Jawatankuasa Fatwa

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada—
(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti, yang adalah anggota atas nama jawatan bagi Jawatankuasa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3).

(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.