ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang pada pendapat Majlis adalah sesuai untuk menjalankan dan dipertanggungjawabkan dengan, bertindak dan menguruskan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan fungsi atau kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Apabila Majlis menubuhkan suatu perbadanan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah yang sama atau perintah yang lain membuat peruntukan berhubung dengan pertubuhan itu yang menetapkan—
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.