ENAKMEN 4 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 161. Hiwalah
(1) Dalam seksyen ini, “harta” termasuklah suatu hutang yang kena dibayar oleh
muhal-alaih
kepada penghutang penghakiman.
(2) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai jika pelaksanaan diperintahkan melalui penahanan harta dalam milikan atau kawalan seseorang
muhal-alaih
—
(a)
bailif hendaklah menyampaikan kepada
muhal-alaih
suatu notis
hiwalah
dalam Borang MS 37, dan notis dalam Borang MS 38 hendaklah digunakan jika harta itu berada di dalam Mahkamah;
(b)
segala harta yang dinyatakan dalam notis
hiwalah
hendaklah ditahan dari masa penyampaian notis itu kepada
muhal ‘alaih
setakat atau pada nilai yang disebut dalam notis itu, dan apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta itu yang bertentangan dengan terma-terma notis itu, kecuali dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan mahkamah;
(c)
muhal-alaih
boleh membayar kepada bailif amaun yang dituntut atau boleh menghantarserahkan kepadanya harta yang ditahan itu;
(d)
jika
muhal-alaih
tidak membuat pembayaran atau penghantarserahan itu, bailif boleh menyampaikan kepadanya suatu saman
hiwalah
dalam Borang MS 39 dan Mahkamah hendaklah memeriksanya tentang harta yang ditahan itu:
Dengan syarat bahawa—
(i) tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang penjawat awam berkenaan wang atau harta dalam milikannya atas sifatnya yang sedemikian, melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis Perbendaharaan; dan
(ii) tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan dalam hal wang, kumpulan wang pelaburan atau harta di dalam mana-mana Mahkamah;
(e)
Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman
hiwalah
;
(f)
selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh membuat suatu perintah pembayaran atau penghantarserahan dan boleh memerintahkan pelaksanaan dikeluarkan terhadap
muhal-alaih
mengenai apa-apa harta dalam tangannya yang didapati telah ditahan dengan sah, seolah-olah
muhal-alaih
itu sendiri ialah penghutang penghakiman bagi amaun yang dituntut terhadap penghutang penghakiman yang asal, atau bagi amaun atau nilai harta dalam tangan
muhal-alaih
, mengikut mana yang kurang;
(g)
Mahkamah—
(i) boleh memerintahkan kos terhadap
muhal-alaih
dan boleh membenarkan atau tidak membenarkan
muhal-alaih
itu menuntut kos itu daripada penghutang penghakiman;
(ii) boleh membenarkan kos kepada
muhal-alaih
terhadap pemiutang penghakiman, dan boleh memberikan atau tidak memberikan kebenaran untuk menjadikan kos itu sebagai kos pelaksanaan;
(h)
jika hutang yang kena dibayar secara ansuran menurut suatu penghakiman ditahan,
muhal-alaih
tidaklah bertanggungan membuat pembayaran kecuali mengikut perintah ansuran itu;
(i)
pembayaran oleh
muhal-alaih
di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu pelepasan yang sah terhadap penghutang penghakiman;
(j)
bailif boleh, atas permintaan pemiutang penghakiman dan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh Mahkamah, menarik balik mana-mana notis
hiwalah
atau saman
hiwalah
;
(k)
sesuatu notis
hiwalah
hendaklah disifatkan telah terbatal tiga bulan selepas penyampaian, melainkan jika prosiding di bawah saman itu masih belum selesai atau Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.