ENAKMEN 3 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 54. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan, jika diberikan secara lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis olehnya atau di bawah arahannya dan hendaklah dibacakan kepada pemberi maklumat itu.

(2) Tiap-tiap maklumat itu hendaklah dicatatkan ke dalam Borang 5 Jadual Kedua yang hendaklah disimpan oleh pegawai itu, yang hendaklah menyatakan dalam catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberikan, dan sama ada diberikan secara bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberikan maklumat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.