ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 92. Pelantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat

Seseorang ibu yang beragama Islam boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa, dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasa-kuasanya sebagai penjaga melalui wasiat atau, jika tidak ada seorang penjaga di sisi undang-undang, dia boleh dilantik sebagai penjaga di sisi undang-undang oleh Mahkamah, tetapi jika dia tidak dilantik sebagai demikian maka dia tidak boleh membuat urusan mengenai harta kanak-kanak itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.