ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 101. Tauliah Pegawai Masjid

(1) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 100(5), hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.

(2) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa dan tugas yang dinyatakan dalam peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan dalam tauliahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.