ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 99. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak daripada pendapatan

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan daripada pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pendidikan kanak-kanak itu memandangkan kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang yang lebih daripada tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan daripada harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan daripada modal harta kanak-kanak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan apa-apa bahagian daripada harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadai janji dan boleh memberikan apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.