ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli kariah” ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;

“Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 81;

“Enakmen terdahulu” ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993;

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 58(1) atau 59(1);

“Hakim Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 57(1);

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali;

“Jawatankuasa Kariah” ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 104;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 46;

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan” ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia;

“kariah masjid”, berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang di dalamnya masjid itu terletak;

“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 56(1);

“Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama” dan “Pegawai Penguatkuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 79;

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1);

“Mahkamah Syariah” atau “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2);

“Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(3);

“Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

“Majlis terdahulu” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu;

“masjid” ertinya suatu bangunan—
dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu;

“mualaf” ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen 107;

“Mufti” ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Pulau Pinang di bawah seksyen 44 dan termasuklah Timbalan Mufti;

“nazr” ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

“nazr `am” ertinya sesuatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan bukan bagi seorang atau orang-orang perseorangan;

“orang Islam” ertinya—
“Pegawai Masjid” ertinya Imam, Bilal dan Pembantu Bilal sesuatu masjid;

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 80;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar atau Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah;

“Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(3);

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang tersebut dalam seksyen 16;

“Yang di-Pertua” ertinya Yang di-Pertua Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 11(2);

“wakaf” ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949[Akta 208].;

“wakaf am” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat umum menurut Hukum Syarak;

“wakaf khas” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat khusus menurut Hukum Syarak.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967[Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.