ENAKMEN 3 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 148. Penghakiman.

Apabila tamat pendengaran rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sama ada dengan serta merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan bagi maksud itu yang notis mengenainya hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam rayuan itu, menyampaikan penghakiman di dalam Mahkamah terbuka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.