ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 118. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa

Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika disetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, menjadi suatu hubungan perkeluargaan yang sah, setakat antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa umur orang yang membuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu memunasabahkan orang yang diakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.