ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 9. Pertalian yang melarang perkahwinan

(1) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan—
(2) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian perkahwinan, berkahwin dengan—
(3) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau seseorang lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan dalam hal, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu akan dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian perkahwinan.

(4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada satu isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu mempunyai talian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian perkahwinan, atau sesusuan yang kerananya perkahwinan antara mereka tidak sah mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.