ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 91. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika—
(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut wakaf atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.