ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 12. Tamat pelantikan
Pelantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik hendaklah tamat—
(a)
apabila dia mati;
(b)
jika dia dengan surat yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong, melalui Yang di-Pertua, meletakkan jawatannya; atau
(c)
jika dia, tidak ada di Malaysia, tanpa kebenaran bertulis daripada Yang di-Pertua, selama tempoh melebihi enam bulan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.